Pesan dan tegurlah kami – Hasnul

Pesan dan tegurlah kami – Hasnul

IPOH: Kerajaan Negeri Perak sangat mengalu-alukan sebarang teguran dan kritikan daripada rakyat terhadap pentadbirannya.

Exco Penerangan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka dan berlapang dada untuk menerima sebarang teguran dan pandangan demi melestarikan pentadbiran yang amanah dan bertanggungjawab.

Kata beliau, sudah pasti berlakunya kesilapan secara tidak sedar di dalam pentadbiran kerajaan yang mana ia hanya disedari dan dirasai oleh rakyat.

“Sebagai pimpinan yang lahir daripada kampung, masih muda dan kurang berpengalaman, sudah semestinya saya dan mungkin pimpinan-pimpinan lain tidak sedar akan kesilapan yang mungkin kami lakukan.

“Hubungan rakyat dan kerajaan ini akan sentiasa wujud dan terus terjalin. Justeru sekiranya ada pandangan atau teguran yang ingin disampaikan kami sedia menerimanya,” katanya ketika berucap di program Kempen Perak Kembali Gemilang @ Lenggong baru-baru ini.

Hasnul menjelaskan, beliau mahu rakyat menjadi mata dan telinga kerajaan dalam suasana yang harmoni.

Katanya, sekiranya budaya dan hubungan begini dapat diwujudkan, kerajaan sendiri akan dapat memperbaiki mana-mana kelemahan dan rakyat juga akan dapat manfaat daripada penambah baikan tersebut.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )