Menjual ketakutan di atas isu yang tidak difahami

Menjual ketakutan di atas isu yang tidak difahami

Aset ialah bangunan hotel. Ia sebelum ini milik TH. Pengurusan hotel dijalankan oleh anak syarikat TH iaitu THHR.

THHR lapur keuntungan sebab mereka sewa bangunan itu dari TH dengan sewa nominal.

Aset itu tidak produktif kepada TH kerana kadar sewa yang diperolehi tidak berbaloi dengan kos pemilikan aset tersebut. Maka itu, bangunan-bangunan tersebut termasuk dalam penstrukturan aset TH. Aset yang tidak memberikan pulangan yang baik kepada TH tersebut dipindahkan kepada UJSB untuk diurus secara lebih holistik.

Kalau UJSB menaikkan kadar sewa bangunan hotel tersebut mengikut kadar biasa, THHR pula akan rugi dan mungkin terpaksa tutup perniagaan hotel tersebut.

Maka itu, penstrukturan semula dibuat secara pakej melibatkan milikan bangunan dan pengoperasian. Ia dibuat dengan hasrat menyelamatkan perniagaan dan pada masa yang sama memastikan aset tersebut produktif.

Tindakan pembangkang membangkit persoalan kenapa hotel ‘dijual’ sedangkan syarikat operator hotel untung membayangkan kegagalan mereka memahami keseluruhan struktur perniagaan tersebut dari perspektif yang holistik.

Ia juga dibuat bagi menutup kesilapan awal mereka menyebarkan berita palsu kononnya hotel tersebut ditutup dan pekerja hilang pekerjaan yang menimbulkan keresahan rakyat.

Sepatutnya mereka minta maaf di atas kegopohan menyebarkan berita tidak benar. Malangnya mereka cuba menutup kesilapan mereka dengan kesilapan yang lain.

Perbuatan menjual ketakutan dan keresahan rakyat adalah lebih buruk dari menjual aset.



JAMZURI ARDANI

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Perak Insights.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )