Asmuni mulakan proses saman terhadap Ketua Penerangan Pas Perak

Asmuni mulakan proses saman terhadap Ketua Penerangan Pas Perak

IPOH: Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Asmuni Awi hari ini difahamkan telah memulakan proses saman fitnah terhadap Ketua Penerangan Pas Perak, Mohd Hafez Sabri.

Dalam laman sosial hari ini, satu surat telah ditularkan dipercayai berkait dengan hasrat Pengerusi AMANAH Perak itu menyaman Mohd Hafez.

Surat tersebut menamakan Dato’ Asmuni Bin Awi sebagai plaintif manakala Mohd Hafez Bin Sabri selaku defendan.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (Kanun) AMANAH Perak, Mohd Fitri dalam satu sidang media telah memberi tempoh tujuh hari untuk Mohd Hafez memohon maaf namun difahamkan Mohd Hafez tidak berbuat demikian.

Tindakan tersebut katanya berikutan satu kenyataan fitnah yang dilakukan oleh pemimpin Pas itu kepada Asmuni melalui laman Facebooknya.

Kenyataan Hafez Sabri bertajuk “Pemimpin DAP Perak bawa tarian naga riuh bergendang di surau, mana tindakan exco agama dari PAN Perak?” pada 4 Februari lalu didakwa berbaur fitnah.

BERITA LANJUT MENYUSUL

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )