Fitnah TH jual aset kepada bukan Islam, AMANAH buat laporan polis ke atas Dusuki

KUALA LUMPUR: Pemuda AMANAH hari ini membuat satu laporan polis ke atas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani.

Ini susulan ucapan beliau di dalam kuliah di sebuah masjid yang berbaur fitnah terhadap Lembaga Tabung Haji (TH).

Dalam kuliah tersebut, beliau mendakwa TH telah menjual aset milik orang Islam kepada bukan Islam.

“Kenapa nak jual kepada orang bukan Islam? Harta Tabung Haji, harta milik orang Islam dijual begitu.

“Rugi sangat ke Tabung Haji ni sampai peringkat nak kena jual hotel-hotel yang telah dibina semata-mata hendak mengaut keuntungan,” kata Ahmad Dusuki.

Ucapan beliau itu telah ditularkan di laman sosial termasuk Youtube.

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Kelantan, Abdullah Zawawi Wahab berkata, ucapan pemimpin Pas itu secara terang-terangan menipu dan menghasut rakyat kononnya kerajaan telah menjual aset tersebut kepada orang kafir.

“Kami mendesak pihak berkuasa supaya bertindak melalui Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 supaya menjadi pengajaran kepada kesemua ugamawan agar berhati-hati.

“Kami juga terpaksa bertindak supaya kesucian dakwah Islam tidak tercemar dengan tindak tanduk yang salah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata gejala fitnah menghasut dan menyebarkan kebencian serta fahaman ekstrim takfiri makin makin menjadi-jadi dalam negara ini.

Katanya, ia sedang cuba dihidupkan oleh pihak-pihak tertentu yg berkepentingan politik.

“Keterbukaan kerajaan hari ini, telah dimanipulasi untuk menimbulkan suasana yang menggugat keharmonian rakyat.

“Gejala fitnah ini bukan sahaja dimainkan dari kalangan rakyat biasa, malahan ianya turut disebarkan dari kalangan agamawan di medan-medan kuliah di masjid dan surau.

“Perbuatan terkutuk ini amat harus ditentang kerana ianya akan menimbulkan salah faham kepada kesucian Islam itu sendiri.

“Orang bukan aislam akan melihat seolah-olah Islam membenarkan fitnah dan hasutan,” tegasnya.KUALA LUMPUR: Pemuda AMANAH hari ini membuat satu laporan polis ke atas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani.

Ini susulan ucapan beliau di dalam kuliah di sebuah masjid yang berbaur fitnah terhadap Lembaga Tabung Haji (TH).

Dalam kuliah tersebut, beliau mendakwa TH telah menjual aset milik orang Islam kepada bukan Islam.

“Kenapa nak jual kepada orang bukan Islam? Harta Tabung Haji, harta milik orang Islam dijual begitu.

“Rugi sangat ke Tabung Haji ni sampai peringkat nak kena jual hotel-hotel yang telah dibina semata-mata hendak mengaut keuntungan,” kata Ahmad Dusuki.

Ucapan beliau itu telah ditularkan di laman sosial termasuk Youtube.

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Kelantan, Abdullah Zawawi Wahab berkata, ucapan pemimpin Pas itu secara terang-terangan menipu dan menghasut rakyat kononnya kerajaan telah menjual aset tersebut kepada orang kafir.

“Kami mendesak pihak berkuasa supaya bertindak melalui Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 supaya menjadi pengajaran kepada kesemua ugamawan agar berhati-hati.

“Kami juga terpaksa bertindak supaya kesucian dakwah Islam tidak tercemar dengan tindak tanduk yang salah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata gejala fitnah menghasut dan menyebarkan kebencian serta fahaman ekstrim takfiri makin makin menjadi-jadi dalam negara ini.

Katanya, ia sedang cuba dihidupkan oleh pihak-pihak tertentu yg berkepentingan politik.

“Keterbukaan kerajaan hari ini, telah dimanipulasi untuk menimbulkan suasana yang menggugat keharmonian rakyat.

“Gejala fitnah ini bukan sahaja dimainkan dari kalangan rakyat biasa, malahan ianya turut disebarkan dari kalangan agamawan di medan-medan kuliah di masjid dan surau.

“Perbuatan terkutuk ini amat harus ditentang kerana ianya akan menimbulkan salah faham kepada kesucian Islam itu sendiri.

“Orang bukan aislam akan melihat seolah-olah Islam membenarkan fitnah dan hasutan,” tegasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )