Dalam masjid pun ustaz nak fitnah?

Dalam masjid pun ustaz nak fitnah?

Saya tengok satu video ceramah seorang ustaz yang kerap bagi kuliah pasal alam kubur, akhirat dan kematian. Kuliah tu dia sampaikan di sebuah masjid di Selangor.

Bukan setakat kuliah, dia juga tulis buku pasal semua itu. Saya pernah nampak di kedai buku. Saya anggap dia tulis sendiri sebab nama dia ada pada kulit buku tu.

Setakat yang saya tahu, ustaz ini juga salah seorang pemimpin berstatus ‘ulama’ dalam sebuah parti politik. Sementara parti politik itu pula mengaku berjuang Islam.

Dengan muka sedih, dia pun bagi tau makmum, habislah TH, harta orang Islam dijual. Dia nak tunjuk kononnya dia sangat perihatin kepada nasib orang Islam.

Dia cuba nak bagi gambaran, negara ini sedang dikuasai oleh oleh orang kafir. Dia mahu bakar sentimen perkauman dan agama melulu melalui kuliahnya itu.

Padahal dia buat fitnah. Tanpa segan, malu dan rasa bertanggungjawab, dengan pakai ketayap, dalam masjid, dia bawa cerita bohong dan sebar fitnah.

Dia dah lupa alam kubur, azab kubur kerana dosa fitnah? Bukankah ada hadith yang Nabi sebut antara orang yang kena azab kubur ialah orang yang jadi batu api?

Melaga-lagakan orang dengan berita palsu adalah pembatu api. Dia pandai bersyarah mengingatkan orang lain tentang azab kubur, tapi dia sendiri buat kerja yang dia larang orang lain buat.

Soal pihak berkuasa nak ambil tindakan atau tidak, itu hal lain. Tapi sebagai ustaz, sepatutnya dia tidak menjadi pembawa berita bohong. Apatah lagi dalam masjid.

Sudah-sudahlah ustaz. Kalau kamu benci kami, tak payahlah berbohong. Kalau kamu nak cari pengaruh, tak payahlah bawa berita palsu.

Buanglah hasad dengki yang bersarang dalam hati kamu itu. Bersihkanlah otak daripada faham takfiri. Jadilah pembawa agama yang jujur.

Jangan sampai nanti kamu dikata orang, eleh, ustaz apa pembohong…!

USTAZ ZOLKARNAIN ABIDIN adalah merupakan Timbalan Yang Dipertua YADIM.

Tulis ini tidak mencerminkan pendirian Perak Insights.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )