Isu TH: Jangan kerana politik pemimpin Pas menjadi jahat

Isu TH: Jangan kerana politik pemimpin Pas menjadi jahat

Isu Tabung Haji telah di guna oleh pemimpin PAS untuk bangkitkan kebencian kepada kerajaan dan Menteri Agama. Mereka ini memperguna sentimen Melayu & agama Islam untuk kepentingan politik mereka. Jahatnya mereka ini sehingga menjadi kepala pemfitnah, mengalakkan rakyat & pengikut memfitnah atas nama agama dan bangsa..

(1) Timbalan Presiden PAS & Ahli Majlis Syura Ulamak PAS contohnya telah menimbulkan sangkaan jahat terhadap kerajaan dengan menyatakan penamatan operasi hotel dan penyerahan aset TH kepada UJSB adalah helah rompak aset TH dan terbuka untuk dipindah milik kepada pihak lain dengan sewenang-wenangnya. Sedangkan pihak SPV dalam apa saja keadaan tidak ada hak untuk menjual atau melelong aset-aset berkenaan.

(2) Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor yg terkenal dgn cerita tentang alam dan azab kubur sepatutnya lebih berhati² dalam berbicara dan takut azab kubur. Namun dia memfitnah TH telah menjual aset hotel milik orang Islam kepada bukan Islam. Ini nyata memfitnah TH & Menteri Agama.

(3) Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan AJK PAS Pusat tidak melepaskan peluang utk menanam persepsi buruk terhadap kerajaan & Menteri agama. Dia mengaitkan penamatan operasi dan perkhidmatan 4 buah hotel milik TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) adalah usaha terancang pihak tertentu untuk melumpuhkan ekonomi umat Islam. Anak TG Haji Hadi pula yg merupakan ADUN Batu Buruk dan Ketua Pemuda PAS Malaysia menghina Menteri Agama dengan menganggap beliau ‘pemusnah’. Dia juga memfitnah hotel ditutup dan juga bermakna pekerja-pekerjanya bakal hilang pekerjaan.

(4) Rentetan fitnah-fitnah dari pimpinan PAS tersebut betapa ramai netizen yg terikut dan terpalit sama dalam fitnah. Fitnah² tersebar dengan meluas dalam media sosial. Ada dikalangan mereka menuduh Menteri agama lembik, tunduk pada kafir, talibarut kafir, TH diurus bukan Islam, Menteri munafik, bodoh sehingga ada dikalangan mereka yg ugut mahu bunuh YB Menteri. Namun setelah report polis dibuat dan langkah saman akan dilakukan ramai pula yg memohon maaf dan mengaku bersalah memfitnah.

(5) Tahun lepas lagi isu Tabung Haji(TH) sudah dibangkitkan oleh pembangkang untuk memburukan kerajaan. Antara tuduhan pada pada masa itu ialah aset TH yg telah diserahkan kpd SPV diselia oleh bukan Islam dan DAP. Aset² umat Islam dan Melayu juga akan dijual kepada bukan Islam. Juga ada dakwaan Menteri Kewangan Lim Guang Eng menguasai aset TH. Semua dakwaan tersebut untuk membangkitkan kemarahan umat Islam dan bangsa Melayu kepada kerajaan PH. Jawapan sudahpun diberi oleh Menteri tahun lepas.

(6) Sebenarnya isu hotel TH yg dipindah ke SPV sudahpun diketahui oleh pimpinan PAS pada tahun lepas lagi kerana Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS telah bertanya lisan di dewan rakyat bertarikh 14 Mac 2019 dan sudah dijawab oleh Menteri Agama. Dalam jawapan itu sudah dinyatakan antara aset yg terlibat dalam perpindahan ke SPV melibatkan 5 buah hotel TH. Kenapa tahun ini pemimpin PAS bangkit kembali seolah² tidak tahu apa²? Nampak jelas mereka hanya mencari peluang memfitnah dan membangkitkan sentimen bangsa & agama demi kuasa politik mereka. Asalkan ada peluang hentam musuh politik, mereka akan guna dan fitnah sehingga lupa dosa pahala. Politik telah menjadikan mereka jahat demi mendapat keuntungan politik yg sementara. Politik menjadikan mereka menghalalkan penipuan dan fitnah. Parti politik dan matlamat politik mereka menjadi sumber hukum sehingga ada dikalangan mereka mengeluar hukum wajib menjatuhkan kerajaan PH. Mereka telah sesat dalam dunia politik mereka.


Sumber:
1-https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/18/tuntut-penjelasan-tamat-operasi-hotel-thhr/

2-https://perakinsights.com/2020/02/21/fitnah-th-jual-aset-kepada-bukan-islam-amanah-buat-laporan-polis-ke-atas-dusuki/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

3-https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/18/tamat-operasi-usaha-lumpuh-ekonomi-umat-islam/

4-https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/18/hotel-th-menteri-konon-rahmah-rupanya-pemusnah/


USTAZ NADZMI NADZIR berkongsi pandangannya di laman Facebook.

Pandangan ini tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi Perak Insights.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )