Marah Bersatu mahu keluar PH punca Tun M letak jawatan – Sumber

Marah Bersatu mahu keluar PH punca Tun M letak jawatan – Sumber

KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah kerana kesal dengan sikap dan pendirian partinya yang mahu keluar dari Pakatan Harapan.

“Tun rasa parti dan orang-orangnya tak mahu dengar cakap dia. Jika begitu baik dia letak jawatan,” kata sumber yang rapat dengan PM ke 7 itu.

Menurut sumber itu, Tun Mahathir telah menolak keputusan partinya untuk keluar dari PH ketika mesyuarat PPBM di Menara Yayasan Selangor semalam.

“Tun Mahathir sampai hentak meja kerana marah. Namun majoriti pemimpin PPBM mahu keluar dari PH kerana tidak puashati dengan Anwar.

“Kerana tidak bersetuju dengan keputusan itulah juga menyebabkan Tun tidak ke istana petang semalam dan tidak juga ke hotel Sheraton, Petaling Jaya tempat orang Azmin berkumpul malam tadi.

“Padahal sejak dari pagi semalam lagi sudah dihebahkan Tun akan ke Sheraton dan satu sidang media bersama akan diadakan,” kata sumber itu, menurut laporan Malaysia Dateline.

Tun dilaporkan menghantar surat melepaskan jawatan sebagai PM kepada Yang Dipertuan Agong pagi ini.

Namun begitu, para pemimpin PH khasnya AMANAH dikatakan cuba memujuk agar Yang Dipertuan Agong menolak surat itu.

Namun begitu ada juga yang berpendapat, jawatan Perdana Menteri sepatutnya jatuh ke tangan pemegang jawatan Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Dalam pada itu, sebaik sahaja Tun menghantar surat meletak jawatan PM, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyidin Yassin melepaskan satu kenyataan media yang bertarikh 23 April 2020 yang memaklum partinya keluar dari PH.

Namun selepas itu, tarikh surat 23 April itu telah ditukar kepada tarikh hari ini iaitu 23 Februari 2020.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )