Kedudukan kerajaan: MB Perak bertemu Exco Kanan

Kedudukan kerajaan: MB Perak bertemu Exco Kanan

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Asmuni Awi.

Menurut sumber, pertemuan tersebut berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi tadi.

Sumber ini dikuatkan dengan tularnya sekeping gambar yang menunjukkan Ahmad Faizal dan Asmuni Awi mengadakan pertemuan dan perbincangan.

Turut kelihatan ialah seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Pertemuan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kedudukan kerajaan negeri selepas keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada Pakatan Harapan.

Mengikut rekod, tindakan Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan memberi kesan kepada bilangan jumlah majoriti di Dun Perak.

Walaupun tidak lama selepas pertemuan itu, Ahmad Faizal telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menegaskan Kerajaan Negeri Perak masih berfungsi seperti biasa.

Menurutnya, beliau masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai menteri besar seperti yang diamanahkan.

“Saya kekal mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

“Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). juga masih menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti biasa,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )