Terkini! Kerajaan Perak tidak terjejas

Terkini! Kerajaan Perak tidak terjejas

IPOH: Kerajaan Negeri Perak masih berfungsi seperti biasa disebalik perkembangan yang berlaku di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai menteri besar seperti yang diamanahkan.

“Saya kekal mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

“Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). juga masih menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau katanya telah menyembah maklum berhubung kedudukan politik negara dan negeri kepada Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semalam.

Oleh yang demikian, beliau menyeru persefahaman rakyat membantu usaha-usaha yang sedang dijalankan agar kemelut politik yang sedang melanda negara ketika ini dapat diatasi dengan baik.

Ini katanya bagi memastikan kerajaan kembali menumpukan usaha-usaha pembangunan untuk kepentingan rakyat.

“Semoga Allah memberikan petunjuk
dan hidayah membolehkan kita mendapat penyelesaian terbaik untuk rakyat dan
negara,” kata Adun Chenderiang itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )