Adun PH Perak dakwa dipelawa sertai Umno

Adun PH Perak dakwa dipelawa sertai Umno

IPOH: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan di Perak mendakwa dihubungi seorang pemimpin Umno untuk menyertai parti itu dan menyokong pembentukan sebuah kerajaan negeri baru.

Adun Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisan Mahamad mendakwa, beliau dihubungi pemimpin berkenaan yang merupakan seorang bekas exco kerajaan negeri.

“Selepas kerajaan PH tumbang pada Isnin, seorang bekas exco kerajaan negeri Perak selama tiga penggal menelefon saya untuk mempelawa saya menyertai Umno.

“Namun saya tolak dan memberitahunya bahawa saya tetap akan bersama PH di Perak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Bagaimanapun Arafat daripada Keadilan itu berkata, beliau tidak tahu sekiranya Adun lain turut menerima panggilan yang sama.

“Yang itu, saya tidak pasti,” katanya kepada Malaysiakini.

DUN Perak mempunyai 30 kerusi yang terdiri daripada 18 kerusi DAP, enam dari Amanah, empat dari PKR, dua dari Bersatu dan seorang Adun Bebas.

Pembangkang pula memiliki 28 kerusi DUN iaitu 25 kerusi daripada Umno dan tiga PAS.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )