Kerajaan Perak kekal, Exco ucap tahniah kepada Ahmad Faizal

Kerajaan Perak kekal, Exco ucap tahniah kepada Ahmad Faizal

IPOH: Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu atas tindakan mengekalkan status quo kerajaan negeri.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat secara matang ini turut mendapat perkenan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Perak.

“Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu untuk menerajui Kerajaan Negeri Perak selaku Menteri Besar.

“Ini sekali gus mengekalkan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang dilantik sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dengan persetujuan yang dicapai secara kolektif ini, Kerajaan Negeri Perak akan dapat terus berfungsi dan berkhidmat kepada rakyat serta meneruskan agenda memajukan negeri ini.

“Bagi rakyat negeri Perak, marilah sama-sama kita mendoakan agar kesejahteraan dan keharmonian negeri Perak terus dipelihara,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )