Ahmad Faizal dakwa bayangan kerajaan Perak baharu sudah ada

Ahmad Faizal dakwa bayangan kerajaan Perak baharu sudah ada

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menyatakan sudah mendapat sokongan untuk terus menerajui kerajaan negeri.

Ditemui media di pekarangan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata bayangan kerajaan negeri baharu juga sudah ada.

“Dah kot (kerajaan negeri),” katanya, ketika ditanya BH media sama ada beliau sudah mendapat petunjuk untuk pembentukan kerajaan negeri baru.

Beliau juga memaklumkan akan mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah petang ini bagi memaklumkan perkembangan terkini politik di negeri itu.

Ditanya sama ada kerajaan negerinya akan membentuk kerjasama dengan UMNO dan PAS, beliau berkata ia masih dibincangkan.

“Saya akan bincang. Saya akan umumkan,” katanya sambil meminta semua pihak mendoakan supaya beliau kekal sebagai Menteri Besar.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )