Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri

Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jam 10.33 pagi tadi.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu kemudiannya menerima pelukan dan ucapan tahniah daripada anggota Dewan Rakyat yang menyokongnya.

Pelantikan Muhyiddin, 72, itu berlaku di tengah kemelut kepemimpinan negara sedang membahang termasuk dakwaan wujudnya kerajaan ‘pintu belakang’.

Pada 24 Februari lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sehingga membawa tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )