Exco Perak gagal hubungi Menteri Besar

Exco Perak gagal hubungi Menteri Besar

IPOH: Exco Kerajaan Negeri Perak, Sivanesan Achalingam menggesa Menteri Besar (MB), Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu segera mengadakan mesyuarat tergempar bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku terhadap kerajaan negeri.

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai itu, sehingga kini Ahmad Faizal didakwa masih berdiam diri mengenai pendiriannya.

Malah kata beliau, menteri besar itu langsung tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat oleh Exco.

“MB sepatutnya sudah memanggil mesyuarat tergempar dan menjelaskan kepada kami apa yang sedang berlaku. Saya tidak tahulah. Kita tidak dapat apa-apa (maklumat).

“Bagaimanapun, saya (ingin) mengucapkan kepada MB, selamat maju jaya,” katanya seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Menurut beliau, Ahmad Faizal sepatutnya berada di Perak dan bukan hanya sibuk dengan urusan di pusat.

“Kalau kamu (wartawan) mahu cari dia, kamu kena pergi rumah Muhyiddin lah, bukan di rumah Perak.

“Kamu adalah MB Perak. Hari ini saya datang ke pejabat kerana saya seorang Exco dan saya ada tanggungjawab saya kepada rakyat Perak.

“Jadi sebagai MB, kamu ada tanggungjawab untuk bekerja terhadap 2.6 juta rakyat Perak. Kamu sepatutnya ada di sini untuk menjelaskan situasi sebenar ketika ini,” kata beliau.

Sementara itu, tinjauan di beberapa pejabat Exco mendapati ada antara mereka sudah mula mengemas meja dan barangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan perubahan dalam kerajaan negeri.

Malah, ada Exco yang tidak lagi menggunakan kenderaan rasmi untuk urusan harian.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    Hi,

    You know it’s true…

    Your competition just can’t hold a candle to the way you DELIVER real solutions to your customers on your website perakinsights.com.

    But it’s a shame when good people who need what you have to offer wind up settling for second best or even worse.

    Not only do they deserve better, you deserve to be at the top of their list.

    TalkWithCustomer can reliably turn your website perakinsights.com into a serious, lead generating machine.

    With TalkWithCustomer installed on your site, visitors can either call you immediately or schedule a call for you in the future.

    And the difference to your business can be staggering – up to 100X more leads could be yours, just by giving TalkWithCustomer a FREE 14 Day Test Drive.

    There’s absolutely NO risk to you, so CLICK HERE http://www.talkwithcustomer.com to sign up for this free test drive now.

    Tons more leads? You deserve it.

    Sincerely,
    Eric
    PS: Odds are, you won’t have long to wait before seeing results:
    This service makes an immediate difference in getting people on the phone right away before they have a chance to turn around and surf off to a competitor’s website. D Traylor, Traylor Law
    Why wait any longer?
    CLICK HERE http://www.talkwithcustomer.com to take the FREE 14-Day Test Drive and start converting up to 100X more leads today!

    If you’d like to unsubscribe click here http://liveserveronline.com/talkwithcustomer.aspx?d=perakinsights.com

  • Disqus ( )