Nasib Penyelaras Dun Bersatu terancam?

Nasib Penyelaras Dun Bersatu terancam?

IPOH: Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada Pakatan Harapan telah menimbulkan keresahan kepada akar umbi parti.

Di Perak, hasrat Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menubuhkan kerajaan bersama Umno dan Pas tidak disambut baik oleh pimpinan di peringkat bawahan.

Menurut sumber, antara pihak yang tidak bersetuju dengan pendirian tersebut ialah Penyelaras Dun dan parlimen Bersatu.

“Keputusan Bersatu keluar dari Pakatan Harapan tidak memberi keuntungan kepada Bersatu.

“Apabila Bersatu bekerjasama dengan Umno, apa nasib kami sebagai Penyelaras Dun sekarang?

“Sudah tentu kedudukan kami akan dibubarkan kerana kawasan tersebut sudah ada Adun atau ahli parlimen Umno,” kata seorang pemimpin Bersatu yang enggan mendedahkan identitinya.

Beliau mengharapkan Ahmad Faizal berfikir dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.

“Dengarlah suara akar umbi, tanyalah pandangan kami sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Jangan kerana keputusan dua tiga orang pimpinan atasan menyebabkan kami di akar umbi terjejas,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] Nasib Penyelaras DUN Bersatu ini pernah dilaporkan oleh Perak Insights sebelum ini yang mana ada dari kalangan pemimpin bersatu melahirkan keresahan mereka terhadap masa depan parti itu. […]

  • Disqus ( )