Puteri Umno mahu Saarani jadi MB Perak

Puteri Umno mahu Saarani jadi MB Perak

IPOH: Pengerusi Umno Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad wajar dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu

Pemangku Ketua Penerangan Puteri Umno Perak, Irmalini Amir Hamzah berkata, Adun Kota Tampan itu merupakan seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam politik.

Beliau berkata, pentadbiran kerajaan negeri dijangka lebih kukuh dan tersusun memandangkan Saarani pernah berada di dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah dua Menteri Besar iaitu Tan Sri Tajul Rosli Ghazali dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Sebagai ahli akar umbi saya terpanggil menyuarakan pendapat peribadi jika kerajaan negeri Perak yang baharu terbentuk untuk memberi peluang kepada Datuk Saarani mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya yakin dengan pengalaman dan rekod politik beliau, Perak akan dipacu lebih ke hadapan,” katanya kepada kepada Sinar Harian.

Irmalini yakin bahawa rakan-rakan di dalam Muafakat Nasional akan memberi sokongan padu kepada Saarani untuk menerajui Perak.

Katanya, kewibawaan sebagai Ketua Pembangkang itu layak untuk dipilih sebagai Menteri Besar Perak baharu.

Kerajaan Perak dijangka bertukar pentadbiran susulan gabungan baharu membentuk kerajaan Persekutuan apabila Muafakat Nasional menyertai kerajaan selepas menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang baharu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )