Ahmad Faizal sebak, rakam penghargaan kepada Tun M

Ahmad Faizal sebak, rakam penghargaan kepada Tun M

KUALA KANGSAR: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dengan nada sebak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ayahanda Tun yang tercinta, di atas segala kebaikan, jasa dan bakti yang dicurahkan kepada nusa dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan dalam majlis sambutan Hari Landskap Negara Peringkat Negeri Perak di Laman Budaya, dekat sini, hari ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Ahmad Faizal berkata, beliau dan seluruh rakyat tentu sekali akan meneruskan setiap usaha dan perjuangan Tun Dr Mahathir dalam membina nusa dengan menitikberatkan soal integriti dan menolak kemungkaran.

Sebelum itu, Adun Chenderiang itu menjelaskan hasil peruntukan khas yang diluluskan oleh Tun Mahathir selaku Perdana menteri sebelum ini telah merealisasikan usaha menjadikan Pulau Pangkor sebagai sebuah pulau bebas karbon dengan memperkenalkan kenderaan elektrik secara berperingkat-peringkat.

Katanya, buat permulaan, kerajaan negeri telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi menukar kesemua teksi merah jambu di pulau berkenaan dengan van berkuasa elektrik.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )