Menteri Besar menghadap Sultan Perak

Menteri Besar menghadap Sultan Perak

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah pada tengah hari ini di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Menurut Ahmad Faizal, pertemuan hanya melibatkan beliau sahaja.

“Ya, saya dipanggil menghadap sekarang. Saya seorang (dipanggil),” katanya seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Ditanya mengenai calon Menteri Besar yang akan dikemukakan, ini jawapan beliau:”Saya akan jumpa semua (wartawan), maaf.”

Ketika ini, kebanyakan media berada di luar perkarangan Istana Iskandariah Kuala Kangsar bagi mendapatkan perkembangan terbaharu daripada Ahmad Faizal.

Sebelum ini, Ahmad Faizal dilaporkan telah bertemu Adun Umno Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad untuk membincangkan kedudukan kerajaan negeri Perak.

Kedua-duanya bersetuju untuk menubuhkan kerajaan negeri Perak yang baharu melalui pakatan Umno, Pas dan Bersatu dan ketiga-tiga nama calon MB Perak akan dibawa ke Istana Perak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )