Apa merit mereka nak MB? Soal Umno Perak

Apa merit mereka nak MB? Soal Umno Perak

IPOH: Setiausaha Umno Perak, Dato’ Azian Osman mempersoalkan apakah merit ‘mereka’ untuk memegang jawatan sebagai menteri besar.

Walaupun tidak merujuk sesiapa, namun berdasarkan situasi semasa, ‘mereka’ itu dipercayai merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata biarpun kecil, pihak tersebut telah mendapat jawatan paling besar iaitu perdana menteri.

“Apa merit mereka nak MB, KM tu? Mai bagi tau sat??? Siapa tamak???.

“Kecik aja dapat PM, jawatan paling besaq, lain pun sapu jugak? Partnership apa ni?

“Yang kecik modai pulak nak sapu share semua? Siapa tamak? Guna akai sikit?,” katanya melalui laman Facebooknya.

Di dalam ruangan komen, Azian berkata, pihak tersebut mengetahui Umno tidak akan bersama DAP dan oleh demikian pihak tersebut mengunakan senjata kerjasama dengan DAP untuk mengertak Umno di dalam perundingannya.

“Diaorang tau kita takkan bersama DAP tapi diaorang boleh bersama DAP.

“Itulah senjata mereka gertak kami jika tak setuju, penat ada Melayu macam ini,” katanya dipercayai merujuk kepada perundingan membentuk kerajaan Perikatan Nasional antara BN, Pas dan Bersatu.

Azian yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mempersoalkan tindakan pihak tersebut mendakwa Umno sebagai parti yang tamak.

Sebaliknya beliau berkata, Umno meminta perundingan dan pemilihan jawatan tersebut mengikut merit.

“Mengapa Umno dikata tamak? Umno minta ikut merit, mereka beriya iya nak juga merit apa?

“Orang yang nak sangat tak peduli merit ini yang tamak,” kata Ketua Umno Bahagian Ipoh Timur itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )