Kerajaan Perak perkenal insentif kesihatan golongan wanita

Kerajaan Perak perkenal insentif kesihatan golongan wanita

IPOH: Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan masing-masing 4,000 kuota bagi pelaksanaan ujian mamogram dan pemeriksaaan pap smear secara percuma kepada golongan wanita di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial,Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perak akan melaksanakan ujian mamogram dan pemeriksaan pap smear secara percuma menerusi perkhidmatan di Klinik Nur Sejahtera (KNS) LPPKN di Negeri Perak bermula dari Mac hingga Disember 2020.

Menurutnya, objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran golongan wanita mengenai pengesanan awal kanser payudara melalui ujian subsidi mamogram serta mengenalpasti serta menjadi rujukan bagi wanita yang mengalami perubahan abnormal pada payudara dan simptom kanser serviks untuk tindakan susulan.

“Memandangkan permintaan terhadap ujian mamogram di Negeri Perak sangat menggalakkan, kerjasama antara Kerajaan Negeri Perak dan LPPKN Perak merupakan satu peluang dan strategi dalam aspek pengesanan awal kanser payudara yang merupakan kanser yang paling tinggi kadarnya di Malaysia,” katanya dalam satu sidang media.

Beliau menjelaskan, kaedah Pelaksanaan program akan dijalankan melalui kaedah berikut:

1.Penyediaan perkhidmatan pendaftaran dan saringan kelayakan Mamogram di enam buah klinik, iaitu Klinik Nur Sejahtera (KNS) Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Seri Manjung dan Tanjung Malim.

2.Outreach program yang dijalankan oleh Klinik Nur Sejahtera dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN, MPKK, NGO dan penyelaras DUN/Parlimen.

3.Mobile Team (Klinik Bergerak) LPPKN.

4.Pusat–Pusat Mamogram yang menjadi panel LPPKN tertakluk kepada kontrak perkhidmatan.

Menurutnya, program akan dijalankan di semua Klinik Nur Sejahtera LPPKN dan program-program Outreach anjuran LPPKN dan mana-mana agensi yang menjemput pihak LPPKN untuk membuka kaunter pendaftaran Ujian Mamogram.

Jelas beliau, sekiranya wanita yang disaring memenuhi kriteria yang ditetapkan, maka pendaftaran dan temujanji akan dibuat di Pusat-Pusat Mamogram yang menjadi panel LPPKN.

Katanya, pendaftaran dan rujukan klien akan dilakukan secara manual oleh pihak Klinik Nur Sejahtera LPPKN.

“Keputusan Ujian Mamogram akan dihantar oleh Pusat Mamogram kepada Klinik Nur Sejahtera LPPKN dan klien yang mempunyai keputusan mamogram yang abnormal akan dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Kumpulan sasar bagi program Ujian Mamogram ialah wanita berwarganegara Malaysia yang dilahir/bermastautin di negeri ini, berumur 40 tahun – 70 tahun, pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000 sebulan, rakyat berumur 35 tahun ke atas yang mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara

Bagi program pemeriksaaan pap smear, kelompok sasarannya ialah wanita berwarganegara Malaysia yang dilahir/bermastautin di negeri ini, wanita yang telah berkahwin/pernah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas belum berkahwin tetapi melakukan aktiviti seksual secara aktif,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )