Surat terbuka buat Peja… Kenapa cepat mengalah kepada kleptokrat?

Surat terbuka buat Peja… Kenapa cepat mengalah kepada kleptokrat?

PENDAPAT | Saudara mencipta sejarah, menjadi menteri besar dengan usia parti saudara baru setahun lebih. Menang satu kerusi daripada 59 semuanya.

Saudara tahu mandat rakyat Perak berapa peratus? Lebih 180,000 undi melebihi pas iaitu lebih 54 peratus.

Disebalik kekurangan saudara, rakan-rakan wakil DUN dan EXCO bersoladiriti dan menyokong saudara menjadi menteri besar tanpa gangguan-gangguan besar.

Kerajaan saudara masih boleh bertahan. Kenapa cepat menyerah?

Saudara sewajibnya mentaati mandat rakyat melebihi kepentingan-kepentingan lain.

Saudara masih muda, masa depan politik saudara InshaAllah cerah…terserah. Syaratnya jangan membelakangi mandat rakyat.

Perak boleh dan mampu pertahankan keunikan kerjasama politik 21 bulan lepas.

Sekadar bertanya soalan yang saudara perlu renungkan:

Jika saudara khianati rakyat, agak-agaknya PRU15 nanti masihkah saudara ada legitimasi moral dan politik di negeri tercinta ini? Rakyat lupa kekerdilan stamina perjuangan saudara?

Agaknya masih bernyawakah parti saudara ketika itu? Saudara tak cinta parti yang saudara bina dengan keringat dan air mata pejuang-pejuang anti kleptrokasi?

Sauda sudah letih dan cepat mengalah kepada gerombolan pro rasuah kleptokrat?

Ataupun saudara sekadar pemimpin kecil yang lebih gemar menyerah lemas kendatipun hanya arus dan ombak kecil yang melanda?

Daripada teman, orang Perak sejati.
Aku mendoakan…

 

KHAIRUDDIN MALIK adalah merupakan seorang doktor perubatan dan juga aktivis masyarakat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )