Perak terima mesin pengimbas suhu badan tidak lama lagi

Perak terima mesin pengimbas suhu badan tidak lama lagi

TAPAH: Dua mesin pengimbas suhu badan yang dimohon kerajaan Perak akan diperoleh selewat-lewatnya dua minggu lagi.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A Sivanesan berkata, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM140,000 bagi dua mesin berkenaan kepada Jabatan Kesihatan.

“Permohonan ini telah diluluskan dan bila-bila masa sahaja mesin itu akan sampai, saya kira mungkin dalam tempoh dua minggu ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurutnya, mesin berkenaan adalah satu keperluan penting dan perlu disegerakan memandangkan wabak koronavirus (Covid-19) yang masih menular.

“Setakat ini hanya dua (mesin) seperti dicadangkan sebelum ini,” katanya.

Januari lalu, kerajaan Perak umum untuk menempatkan mesin pengimbas suhu di pintu keluar masuk antarabangsa Pengkalan Hulu dan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh.

Langkah itu bagi tujuan saringan awal kepada semua pelancong yang masuk ke negeri ini bagi mencegah penularan Covid-19.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )