AMANAH Perak kecam tindakan Hasnul keluar parti

AMANAH Perak kecam tindakan Hasnul keluar parti

IPOH: Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak kesal apabila mandat rakyat dicabuli ekoran pembentukan kerajaan pintu belakang negeri Perak pada hari ini.

Setiausaha AMANAH Perak, Salman Saleh berkata, ia terkandung dalam kenyataan bersama Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menubuhkan Kerajaan Negeri Perak.

Menurutnya, AMANAH Perak mengecam sekeras-kerasnya tindakan empat orang Ahli Dewan Undangan (Adun) daripada Pakatan Harapan telah isytihar keluar parti termasuk dari AMANAH iaitu Adun Titi Serong.

“Tindakan mereka adalah satu pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang diberikan melalui pilihanraya umum.

“AMANAH Perak yakin rakyat terus kekal bersama dengan perjuangan PH dan akan bekerja lebih keras untuk mendapat mandat rakyat melalui pilihan raya yang demokratik,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Hari ini, sejurus sidang media Perikatan Nasional, tiga Adun Pakatan Harapan Perak telah mengumumkan keluar parti dan menjadi ahli Bebas.

Dua daripada tiga Adun tersebut adalah merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak seperti ini iaitu Paul Yong Choo Kiong (DAP) dan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (AMANAH).

Seorang lagi Adun yang keluar parti itu adalah A Sivasubramaniam daripada DAP.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )