PM umum senarai kabinet hari ini

PM umum senarai kabinet hari ini

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan senarai Kabinetnya jam 5 petang ini di Pejabat Perdana Menteri, di sini.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi, berkata Muhyiddin dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada jam 11 pagi untuk mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

“Setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada hari ini, jam 5 petang bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya,” katanya

Pengumuman senarai Jemaah Menteri bagi Kabinet baharu itu dibuat selepas seminggu Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri kelapan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )