‘Razman sebagai MB Perak’

‘Razman sebagai MB Perak’

PENDAPAT| ADUN Semanggol ini tokoh pejuang Islam yang ada merit untuk dicalonkan sebagai MB Perak bagi pihak PN. Ketegasannya tidak diragui. Walaupun saya sudah tidak bersama dengan wadah perjuangannya, kami tetap friend. Setiap kali berjumpa dengannya, beliau pasti belanja saya bergambar bersama.

Saya dilantik oleh beliau sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak semasa ADUN Semanggol itu menjadi Pesuruhjaya Pas Perak. Saya sebenarnya malas nak pegang jawatan itu kerana saya dah berkhidmat dengan Ust Ahmad Awang dan Ust Abu Bakar Husin sebagai Pesuruhjaya.

Jadi Setiausaha Negeri ni tak mencabar. Asyik menjadi pendamai orang parti berkrisis. Tak enjoy. Program terakhir saya bersama beliau ialah Konvensyen PAS di D Hotel, Seri Iskandar. Saya Pengarah Konvensyen. Tema konvensyen masa itu ialah ‘Bahtera Perjuangan’. Teks ucapan Razman dalam Konvensyen itu saya tulis. Ada perenggan yang ditinggalkan tanpa dibaca. Saya tahu, Razman tidak setuju sebahagian teks itu. He he he, itu untung jadi penulis.

Bang Mat rasmi. Semua bekas Pesuruhjaya Pas Perak yang masih hidup hadir. Ini termasuk Ust Ahmad Awang, Ust Abu Bakar Husin dan Ust. Azizan. Alhamdulillah kami berjaya mengumpulkan otai dalam parti. Sengaja saya plan jemput Bang Mat rasmi kerana saya dah agak itulah ucapan terakhir Bang Mat di Perak sebagai Timbalan Presiden parti.

Cuma satu sahaja yang saya tak gemar dengan beliau. Razman selalu salah mengeja bila menulis. Tatabahasanya lemah. Kadangkala ayatnya tidak gramatis langsung. Namun itu persoalan remeh. Persoalan bahasa ini tidak laku dalam menjadi pemimpin politik. Pemimpin yang tak tahu berbahasa boleh jadi YB atau Menteri.

Semoga perjuangan beliau untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara dapat dicapai melalui jawatan beliau sebagai MB Perak.

DR MUHAIMIN SULAM adalah seorang aktivis masyarakat dan politik.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Perak Insights.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )