Terkini! Ahmad Faizal adakan sidang media umum kerajaan Perak

Terkini! Ahmad Faizal adakan sidang media umum kerajaan Perak

IPOH: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dikhabarkan akan mengadakan satu sidang media berhubung kedudukan Kerajaan Negeri Perak.

Difahamkan beliau akan mengumumkan penubuhan kerajaan baru di negeri itu bersama Muafakat Nasional yang dianggotai oleh Pas dan Umno.

Sidang media itu akan diadakan di Hotel Casuarina, Meru kira-kira jam 11.00 pagi ini.

“Ya, Ahmad Faizal akan buat sidang media pagi ini. Mungkin akan ada kerajaan baru di Perak, bukan lagi Pakatan Harapan,” katanya seorang sumber Perak Insights.

MAKLUMAT LANJUT MENYUSUL

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )