Ini bukan kerajaan pintu belakang, ini tebuk ikut atap, kata Hadi Awang

Ini bukan kerajaan pintu belakang, ini tebuk ikut atap, kata Hadi Awang

IPOH: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan yang dibentuk oleh Perikatan Nasional (PN) dibuat secara tebuk ikut atap bukan ikut pintu belakang.

“Ini adalah untuk mengambil alih pemerintahan melalui atap, bukan oleh pintu belakang. Tebuk atap,” kata Hadi dalam perutusan yang disiarkan melalui facebook beliau.

Sehubungan itu, Hadi menyeru seluruh ahli Pas agar bersyukur kepada Allah Taala yang telah mengurniakan kepada mereka peluang mengambil alih kerajaan.

“Kerajaan yang ditinggalkan melalui pintu hadapan bukan pintu belakang kerana kerajaan (yang) telah dijatuhkan mestilah diambil alih dengan sebab-sebab yang berlaku dalam kerajaan itu sendiri,” kata Hadi.

Menurut beliau, penghargaan dan sanjungan patut diberikan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang telah berjasa memainkan peranannya.

“Beliau memimpin negara dalam keadaan yang sangat mencabar dengan keputusan Pilihan Raya Ke-14 yang tidak diramalkan secara yang tidak diduga dengan satu gabungan yang sangat rapuh dan beliau adalah tokoh yang telah berjaya menukar kerajaan itu,” kata Hadi.

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah satu perubahan melalui proses demokrasi, kuasa rakyat.

“Itu konsep demokrasi. Sama ada melalui pilihan raya umum atau pun melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat,” kata Hadi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    I like this website very much, Its a very nice office to read and incur information.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )