Umno Perak nafi wujud gerakan beli Adun untuk dapat MB

Umno Perak nafi wujud gerakan beli Adun untuk dapat MB

IPOH: Umno Perak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan parti itu menjalankan gerakan membeli Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (Adun).

Dakwaan membeli Adun pembangkang itu didakwa untuk menyokong Pengerusi Umno Perak, Dato’ Saarani Mohamad menjadi menteri besar.

Setiausaha Umno Perak, Dato’ Azian Osman berkata, perkara ini adalah tidak benar sama sekali dan beliau menafikan bahawa beliau mengetuai gerakan tersebut.

“Saya bagi pihak diri saya dan Umno Negeri Perak sekeras kerasnya menafikan tuduhan Perak Today di media media sosial hari ini.

“Perak Today telah menuduh Umno Perak menjalankan gerakan membeli Ahli-Ahli Undangan Negeri Perak untuk menyokong YB Dato Saarani Mohamad menjadi Menteri Besar Perak adalah tidak benar.

“Saya Dato Azian juga dituduh menjadi ketua gerakan ini juga tidak benar. Ini adalah fitnah dengan niat yang amat jahat,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan daripada kenyataan itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, Umno Perak dan dirinya sendiri akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undng yang sewajarnya.

Perak Today di laman Facebooknya mendakwa, khabarnya Umno sedang menjalankan Adun-Adun dan bekas Exco Kerajaan Negeri Perak daripada Pakatan Harapan.

Artikel tanpa nama itu juga berkata, menurut sumber, ada Adun yang ditawarkan sehingga RM7.5 juta seorang dan dijanjikan jawatan.

Laporan itu juga mendakwa, dikhabarkan ketua kepada gerakan tersebut adalah Dato’ Azian yang merupakan Setiausaha Umno Perak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )