Isu MB: AMANAH Perak sahkan wakil rakyat dihubungi Muafakat Nasional

Isu MB: AMANAH Perak sahkan wakil rakyat dihubungi Muafakat Nasional

IPOH: Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak hari ini mengesahkan wakil rakyat daripada parti itu dihubungi oleh wakil Muafakat Nasional.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha AMANAH Perak, Salman Saleh ketika dihubungi Perak Insights.

Menurutnya, usaha ‘memikat’ Adun itu adalah bertujuan untuk mencukupkan majoriti bagi memastikan calon menteri besar gabungan itu dipilih menjadi menteri besar.

“Ya, saya mengesahkan perkara tersebut.

“Memang ada daripada wakil Muafakat Nasional yang menghubungi Adun kami memujuk memberikan sokongan kepada Muafakat Nasional bagi membentuk kerajaan tanpa Bersatu,” katanya ketika dihubungi.

Salman berkata, usaha alternatif itu dilakukan oleh kerana Muafakat Nasional dan Bersatu gagal mencapai kata sepakat untuk memilih menteri besar.

Ini kerana kata beliau, kedua-dua pihak tersebut masing-masing menghantar nama calon menteri besar ketika menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta semalam.

Walaubagaimanapun, Salman menegaskan, Adun-Adun AMANAH tetap bertegas dan menolak pelawaan tersebut.

“Mereka menolak pelawaan tersebut, mereka teguh dengan pendirian parti yang mengekalkan prinsipnya mempertahankan mandat rakyat.

“Adun AMANAH yang dihubungi telah memaklumkan kepada kepimpinan parti tentang perkara ini beserta bukti,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
Disqus ( )