Tetap jadi kawan kalaupun saya bukan Menteri Besar – Faizal Azumu

Tetap jadi kawan kalaupun saya bukan Menteri Besar – Faizal Azumu

IPOH: “Kalau saya bukan Menteri Besar, korang (wartawan) terus jadi kawan. Saya sentiasa ceria walau apa juga kapasiti.”

Demikian reaksi spontan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditemui wartawan selepas beliau menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Malah bekas Menteri Besar Perak itu sempat menyanyikan lagu ‘Selamat Tinggal Bungaku’ dendangan Allahyarham Tan Sri SM Salim selepas sidang akhbar.

Terdahulu, Ahmad Faizal dan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohammad serta Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menghadap Sultan Nazrin.

Menurut Ahmad Faizal, mereka menghadap dan mempersembahkan sepucuk warkah kepada Sultan Nazrin untuk baginda memperkenankan pilihan seorang Menteri Besar.

“Ketiga-tiga parti mencadangkan tiga nama kepada Tuanku dan Tuanku pilih salah satu nama untuk angkat sumpah sebagai Menteri Besar.

“Kami nasihatkan rakyat agar bertenang sambil menantikan pengumuman yang akan dibuat oleh Sultan Perak mengenai Menteri Besar Perak ke-13,” katanya lapor Perak Gazette.

Tambah Ahmad Faizal, Sultan Nazrin juga bertitah kepada mereka sebagai ahli politik supaya mementingkan kestabilan politik dan tidak bercakaran sesama sendiri.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )