Isu MB: Saarani minta ahli dan pimpinan Umno bertenang

Isu MB: Saarani minta ahli dan pimpinan Umno bertenang

IPOH: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Dato’ Saarani Mohamad meminta seluruh pimpinan dan ahli Umno di negeri ini bertenang.

Beliau mengharapkan agar semua dapat menerima keputusan yang telah ditentukan oleh Allah.

Seruan ini dipercayai berkaitan isu pelantikan Menteri Besar Perak ke-13 yang menyaksikan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dipilih sekali lagi memegang jawatan tersebut.

Pelantikan sekaligus mengetepikan calon daripada Umno yang dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah iaitu Saarani sendiri.

“Saya meminta seluruh pimpinan dan ahli Umno Perak supaya bertenang dan menerima keputusan yang telah ditentukan Allah SWT.

“Sesungguhnya, perjuangan kita tidak terhenti di sini, sebaliknya mesti diteruskan dengan penuh ketabahan dan kebijaksanaan dalam menyusun langkah ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Adun Kota Tampan itu menyeru supaya pimpinan dan ahli Umno patuh kepada keputusan yang dibuat Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dari semasa ke semasa.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
Disqus ( )