Lantik hanya individu bersih dilantik jadi Exco Perak

Lantik hanya individu bersih dilantik jadi Exco Perak

IPOH: DAP Perak menjunjung kasih ke hadapan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas perkenan baginda melantik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak ke-13.

“Semoga dengan kebijaksanaan kepimpinan tuanku akan terus memastikan urusan pentadbiran negeri berjalan lancar ke arah negeri Perak yang makmur dan sejahtera,” kata DAP Perak menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu juga menyebut, DAP Perak menggesa pembentukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) harus dipastikan tidak dibarisi mereka yang telah dan sedang didakwa di mahkamah.

“Demi kewibawaan kerajaan naungan Paduka Seri Sultan Perak, hanya mereka yang mempunyai rekod bersih sahaja boleh dipertimbangkan untuk pelantikan jawatan EXCO dan bukan sebaliknya,” kata kenyataan itu.

DAP Perak juga mengkritik tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan yang bertindak melompat parti.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )