MB: Asmuni ucap tahniah kepada Faizal Azumu

MB: Asmuni ucap tahniah kepada Faizal Azumu

IPOH: Pakatan Harapan Perak mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Bersatu Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak.

Pengerusi AMANAH Perak, Dato’ Asmuni Awi berkata, Pakatan Harapan berharap Ahmad Faizal dapat meneruskan dasar yang dirangka dan dibincangkan sebelum ini.

“Saya ucapkan tahniah atas pelantikan ini. Teruskan dasar-dasar yang telah diputuskan ketika bersama kerajaan PH dahulu,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Ahmad Faizal diumumkan sebagai Menteri Besar Perak ke-13 bagi gabungan Perikatan Nasional oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Kolonel (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor menerusi kenyataan media pagi tadi.

Beliau sebelum ini dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-12 selepas kerajaan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan di Perak selepas PRU14 yang lalu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
Disqus ( )