Keluar parti: Jangan bagi alasan ‘tengin’

Keluar parti: Jangan bagi alasan ‘tengin’

IPOH: DAP menggesa Adun yang keluar parti meninggalkan Pakatan Harapan di Perak agar meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana tidak menghormati hasrat pengundi.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Howard Lee berkata, disebabkan tidakan tersebut masyarakat sudah muak dengan impian murni mengubah politik negara.

Beliau berkata, alasan kedua-dua wakil rakyat itu keluar parti demi demi menjaga kepentingan rakyat di kawasan mereka adalah alasan yang “tengin dan tongong”.

“Sejak bila menjadi pembangkang tidak boleh menjaga kebajikan rakyat? Yang selama ini bertahun-tahun kamu jadi pembangkang di Perak, rakyat masih sokong, bukan?

“Rakyat masih sokong dan memberi mandat untuk kamu mewakili mereka, bukan? Rakyat tetap sokong sehingga kita berpeluang jadi kerajaan, dan ada antara kamu, telah dilantik menjadi exco, bukan?” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut merujuk kepada tindakan dua ADUN partinya iaitu, Paul Yong Choo Kiong (ADUN Tronoh) dan A Sivasubramaniam (ADUN Buntong) mengumumkan keluar DAP bersama ADUN AMANAH, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (ADUN Titi Serong).

Howard yang juga Bekas Exco Kerajaan Negeri Perak menjelaskan, hak ADUN tersebut untuk menjaga kebajikan serta khidmat kepada rakyat sudah pudar.

“Pengkhianat dan pelacur hak rakyat tidak ada moral dan belas ihsan untuk mewakili suara rakyat Perak. Entah apa lagi yang mereka sanggup buat demi kepentingan peribadi.

“Rakyat yang berikan kamu kerusi itu. Setiap undi mereka menjadikan kamu gergasi. Dan, dengan suara rakyat juga, kamu boleh dijadikan kerdil kembali,” tegasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
Disqus ( )