MCA tak mahu dengar orang kata PN kerajaan Melayu Islam

MCA tak mahu dengar orang kata PN kerajaan Melayu Islam

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerajui kerajaan untuk semua rakyat Malaysia.

“Saya tidak mahu dengar selepas ini orang kata, ini kerajaan Melayu Islam.

“Saya di sini untuk sama-sama membantu perdana menteri dan kabinet untuk menggambarkan kemajmukan Malaysia,” katanya dalam temu bual dengan Sinar Harian yang diterbitkan hari ini.

“Kita di sini turut memainkan peranan yang penting bagi mencapai kestabilan sosial dan juga kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum,” tambahnya.

Wee merupakan satu-satunya wakil rakyat berbangsa Cina dilantik sebagai menteri dalam kabinet Muhyiddin, manakala tiga dari MCA yang lain dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )