Covid 19: Perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac

Covid 19: Perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh
negara.

Ini berikutan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di rangkaian televisyen di seluruh negara.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )