Haramkan perkahwinan bawah umur! tegas Wanita MCA

Haramkan perkahwinan bawah umur! tegas Wanita MCA

KUALA LUMPUR: Wanita MCA menggesa kerajaan Perikatan Nasional mengharamkan perkahwinan bawah umur bagi melindungi kebajikan dan hak asasi kanak-kanak.

“Wanita MCA berharap kerajaan baru Perikatan Nasional akan pinda undang-undang dan mengambil langkah proaktif meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kesan buruk kepada fizikal, mental serta pendidikan dan ekonomi kanak-kanak terhadap perkahwinan bawah umur,” kata Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Heng, perkahwinan bawah umur akan mendedahkan mereka kepada mangsa keganasan rumah tangga, penderaan seksual dan kemiskinan.

“Oleh kerana Malaysia antara negara yang menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), keputusan yang dibuat berkenaan isu kanak-kanak haruslah berdasarkan kebajikan dan kepentingan penting mereka.

Heng turut merujuk beberapa peruntukan yang menyebut suatu jenayah dalam perkahwinan bawah umur antaranya Seksyen 611 Akta Kanak-kanak 2001, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) dan Kanun Keseksaan.

“Oleh itu, kerajaan harus melarang perkahwinan kanak-kanak tanpa mengira kaum atau agama.

“Malah, semua keputusan mesti dibuat merujuk undang-undang dan status Malaysia sebagai negara yang mengiktiraf CRC,” kata, lapor Malaysiakini.

Jumaat lalu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Siti Zailah Mohd Yusoff berkata bahawa dasar yang tidak bertentangan dengan Islam akan terus dijalankan di bawah pentadbiran baru.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )