Pas calonkan semua ADUN sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak

Pas calonkan semua ADUN sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak

IPOH: Pas mengemukakan ke semua tiga ADUN mereka kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk dipertimbangkan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tiga nama itu ialah beliau sendiri selaku ADUN Gunung Semanggol, ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

Beliau berkata, Pas menyerahkan keputusan untuk melantik exco kerajaan negeri kepada Ahmad Faizal sebagai ketua kerajaan.

“Kami hanya ada tiga orang sahaja ADUN, kita hantar ketiga-tiganya kepada Menteri Besar Perak di atas kebijaksaan beliau dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk memilih.

“Matlamat kita adalah untuk memberikan kesejahteraan supaya kerajaan negeri boleh ditadbir dengan baik,” katanya seperti dilaporkan Suara Perak.

Sebelum itu, Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, berdasarkan persetujuan antara parti gabungan Perikatan Nasional Umno diberikan enam orang, manakala Pas dan Bersatu masing-masing dua orang.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
Disqus ( )