COVID-19: PDRM tarik balik permit Perintah Kawalan Pergerakan rentas negeri

COVID-19: PDRM tarik balik permit Perintah Kawalan Pergerakan rentas negeri

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik kebenaran mendapatkan permit pergerakan rentas negeri berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak COVID-19, yang bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata langkah berkenaan diambil kerana ia mendatangkan kegusaran orang ramai.

“Memandangkan orang ramai berpendapat bahawa mereka boleh melakukan pergerakan jika mereka mendapat kelulusan daripada polis maka berlakulah kesesakan yang serius di balai-balai polis serta perhentian bas.

“Sedangkan hanya mereka yang layak diberi pengecualian seperti mana yang boleh dipertimbangkan untuk diberi kebenaran melakukan pergerakan rentas negeri,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, mereka yang layak melakukan pergerakan rentas negeri adalah termasuk kematian ahli keluarga terdekat, sakit tenat ahli keluarga, rawatan perubatan diri sendiri dan ahli keluarga serta lain-lain perkara atas budi bicara pihak Ketua Polis Balai.

Sehubungan itu, Abdul Hamid berkata perintah mendapatkan permit rentas negeri ini ditangguhkan buat sementara waktu bagi menyelesaikan kesesakan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua pihak terbabit.

Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan sebelum ini berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.

BERNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    ATTN: perakinsights.com / Perak Insights – Tuntas dan Telus – Perak Insights SERVICE
    This notice EXPIRES ON: Mar 17, 2020.

    We tried to contact you but were unable to reach you.

    Please Visit: https://bit.ly/3aZR7iV ASAP.

    For information and to make a discretionary payment for perakinsights.com services.

    03172020225306.

  • Disqus ( )