COVID-19: Perak perkenal inisiatif kurangkan beban golongan sasar

COVID-19: Perak perkenal inisiatif kurangkan beban golongan sasar

IPOH: Kerajaan Negeri Perak semalam telah mengumumkan bantuan khas untuk golongan sasar yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Inisiatif ini diumumkan dalam perutusan khas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu yang bertujuan mengurangkan beban rakyat dari golongan sasar di negeri Perak akibat wabat tersebut.

Antara yang diumumkan kerajaan ialah Bantuan one-off kepada penjaja dan peniaga kecil melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Selain itu, kerajaan negeri juga katanya akan menanggung bayaran selama tiga bulan (Mac hingga Mei 2020) bagi perkara-perkara seperti berikut:

• Bayaran Balik Tabung Usahawan dan Mikrokredit Yayasan Perak
• Bayaran Balik Rumah Harapan
• Pinjaman Pendidikan Negeri Perak
• Bayaran Sewa Bulanan Program Perumahan Rakyat Negeri Perak

Selain daripada itu, Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri juga memutuskan untuk menangguhkan pembayaran selama tiga bulan untuk Bayaran Sewa Beli Rancangan Perumahan Awam dan juga Bayaran Sewa Skim Pertapakan Kemudahan Asas (Mac hingga Mei 2020)

“Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga akan mempercepatkan pembayaran gaji kakitangan tetap dan kontrak serta pekerja sambilan harian kepada 19 Mac 2020.

“Kerajaan negeri akan mengkaji inisiatif tambahan dari semasa ke semasa, bagi mengurangkan beban golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, bagi mengekang penularan wabak Covid-19 mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat di negeri ini untuk mengelakkan pembelian panik kerana kerana semua pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian akan terus beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh dua minggu akan datang.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )