Sanggup reka cerita kawan positif COVID-19 semata-mata nak MC!

Sanggup reka cerita kawan positif COVID-19 semata-mata nak MC!

PENULARAN wabak COVID-19 sehingga mengancam seluruh dunia bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Di Malaysia sendiri, bilangan kes setakat 17 Mac sudah menjangkau 622 kes dengan dua kematian.

Oleh itu, rakyat Malaysia digesa agar mematuhi larangan semasa perintah kawalan pergerakan dan kerap mencuci tangan untuk membasmi kuman. Di Facebook, Dr Amirul Azhar berkongsi pengalaman berdepan individu yang sengaja membuat cerita semata-mata mahu mendapatkan cuti sakit.

Dakwa ada kawan positif covid

Tolong jadi rakyat yang bertanggungjawab, jangan la macam ni.

“Mengaku ada kawan POSITIF covid19 semata-mata nak mc”

Aku marah betul ni. Sorang ni datang klinik dengan batuk-batuk. Di kaunter saringan cakap tak ada pergi travel, tak ada kenal pesakit covid19, tak ada pegi ijtimak tabligh.

So dia masuk la tunggu giliran macam biasa. Jumpa Dr. Dia cerita la sakit dia apa semua. Lepas tu Dr kata la “awak takde kenal pt covid kan? Jadi awak jgn risau.”

Tiba-tiba pt:”Eh. Ada Dr. Kawan sy positif covid.”

Cuak la semua org dalam bilik tu. Dah la ada sorang lagi Dr pregnant kat situ. Terus misi bawa dia ke bilik isolasi. Aku yang bertugas untuk tengok pt di bilik iso. Misi call aku.

“Kejap kak, saya baru habis solat. Suruh pt tunggu dulu. Nak pakai PPE semua ni.”

Tahu tak leceh gila nak pakai ppe tu. Cover from head to toe. Dah siap. Aku pergi bilik iso. Sampai bilik iso. PT TAK ADA.

Aku inform misi. Lepas tu semua dok cari pt ni. Mana tau pegi tandas ke. Beli air ke. Habis satu klinik cari brader ni. Menyusahkan orang. Setengah jam aku macam org bodo tunggu pt tu. Aku pun bukak ppe. Inform mo senior ada pt contact positif covid lari. Kitorg kena cari jugak la budak ni. Kalau berjangkit habis satu pekan ni kena.

‘Nak minta mc je’

Call penghulu kampung. Suruh dia tolong cari pt ni, suruh datang klinik. Klu tak jumpa memang report polis la. Guess what, lagi 5 minit sebelum klinik tutup, budak ni tersengih-sengih datang balik dengan ayah dia. Satu klinik dah hangin dah masa tu.

Aku terpaksa pergi bersiap pakai balik semua ppe bagai. Memang dah overtime la, pakai ppe pun paling laju 15 minit. Aku dah start panas masa tu. Literally. Aku tahan je nafsu amarah aku kat bilik iso. Aku tanya la pegi mana tadi.

“Sy pergi amik adik tadi kat sekolah.”

Fuhhh.. tipu apa lak ni. Kan dah start cuti sekolah ni mangkok. Aku terus tanya-tanya sampai part kawan dia yang positif tu. Kawan tu memang positif ke? Admit hospital mana? Memang kerja sama-sama ke?

“Sebenarnya dokter. Sy nak mintak mc je. Sy tak ada pun kawan yang positif covid ni”

Masa ni ya Allah.. dalam hati aku.. Automatik aku letak pen. Tangan aku memang gigil-gigl nak tumbuk budak ni masa tu.

“Sy nak mc start lusa sebab cuti sy sampai esok je. Penat la balik KL nk terus kerja”

Aku memang marah dia kaw2 depan bapak dia. Menyusahkan orang! Membazir 2 set ppe! Membazir masa orang lain! Memang aku tak bagi la mc. Masa tu pukul 6 petang. Last aku minum pukul 9 pagi. Tengahari aku tak lunch sebab sibuk check jemaah tabligh yang pergi ijtimak baru-baru ni. Penat, haus, panas, ko buat main-main pulak hal covid ni.

Jangan smpai aku jadi doktor pertama kat Malaysia yang terajang pt smpai masuk icu.

Sumber : Amirul Azhar

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )