Bantuan kotak makanan untuk golongan terjejas Covid-19

Bantuan kotak makanan untuk golongan terjejas Covid-19

IPOH: Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan bantuan khas kotak makanan bagi mengurangkan benanan golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, peruntukan khas berjumlah RM720,000 untuk menyediakan kotak makanan yang terkandung barangan keperluan makanan seperti beras, gula, tepung, minyak dan sebagainya.

Menurutnya, bantuan sosial itu adalah inisiatif tambahan kerajaan negeri bagi membantu golongan yang memerlukan khususnya mereka yang tidak dapat bekerja atau menjana pendapatan sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

“Bantuan kotak makanan yang mengandungi barangan keperluan asas akan diagihkan melalui Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil dalam masa terdekat.

“Pemilihan penerima bantuan adalah atas budi bicara pihak Pejabat Daerah dengan memfokuskan mereka yang memerlukan dan gaji harian atau bekerja sendiri tetapi tak dapat keluar bekerja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Faizal menjelaskan, tiada sebarang proses permohonan diadakan bagi program bantuan tersebut sebaliknya pihak pejabat daerah akan mengagihkan bantuan tersebut kepada penerima yang layak.

“Penerima sedia ada iaitu Program Kad Perak Prihatin tidak termasuk kerana masih terus terima bantuan RM80 sebulan untuk membeli barangan asas,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )