Covid-19: Malaysia catat kematian ke-4

Covid-19: Malaysia catat kematian ke-4

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kematian ke-4 hari ini berhubung pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (PKM) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa ke-4 itu adalah Pesakit 238, seorang lelaki berusia 50 tahun daripada kluster Tabligh yang dimasukkan ke wad di Melaka pada 12 Mac lalu.

Sementara itu, terdapat 153 kes jangkitan baharu di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan sehingga hari ini seramai 1,183 orang.

Ini adalah hari ketujuh Malaysia mencatatkan rekot peningkatan sebanyak tiga digit bagi mereka yang disahkan positif Covid-19.

Daripada kesemua kes baharu yang direkodkan hari ini, 90 daripadanya mempunyai kaitan dengan perhimpunan jemaah Tabligh di sebuah masjid di Sri Petaling, Kuala Lumpur bulan lepas.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )