Covid19: Serantau Muslim lancar ‘Tenang Kit’ bantu golongan terjejas

Covid19: Serantau Muslim lancar ‘Tenang Kit’ bantu golongan terjejas

Apa yang perlu kita buat sekarang? Jawab saya, jom fokus bantu orang lain di sekeliling. Ya, kita jaga kita.

Dan lebih dari tu,Percayalah, bila kita tolong permudahkan urusan orang lain, Allah akan tolong permudahkan segala urusan kita. Itu sifirnya. Urusan kita sendiri pasti akan jadi sangat mudah, kerana yang tolong selesaikan itu Allah sendiri, Tuhan Yang Maha Perkasa.

Sebab itu, dalam musim Covid ini, 3 hari sebelum perintah Restricted Movement, Serantau Muslim bermesyuarat dan putuskan untuk fokuskan segala program bantuan ke dalam Malaysia dalam masa terdekat.

Pecah kepala semua team SM mikir benda ni. Berhari hari depa ni meeting terutamanya manager sampai ke malam. Tq Siti Zulaikha, Nurfarahin, NorRizan Mohamad, Syahirah Umar, dan juga bantuan lelaki soleh Afnan Rosli dan Taufiq Razif serta Faeez Azahar.

Masa tu juga kebetulan partner kami dari Kem Pelarian Syria datang ke Malaysia, terus kami serahkan semua duit baki bantuan musim sejuk dan juga untuk kempen Ramadhan kepada mereka. Alhamdulillah amanah dah diselesaikan untuk luar negara, lega sket nak fokus dalam Malaysia.

Saja nak recap takut confius, Projek untuk bantu Syria , Palestin dan muslim minoriti di luar sana masih diteruskan, cuma fokus utama kami sekarang ialah dalam Malaysia.

Sebaik sahaja kita pindahkan fokus ke dalam Malaysia, Allah hadirkan banyak orang2 hebat untuk bekerjasama. Masya Allah.

Mula-mula Prof Muhaya Mohamad dan team PMC hadir support , kita keluarkan serta merta Tenang Kit untuk bantu supply makanan kepada asnaf dan frontliner.

Bab ni , bonda memang laju betul. Teruskan kita lancarkan bantuankecemasan.com. Dalam PMC ada orang hebat macam @talib , kak hakimah, aliff. Memang tak dan nak kejar kelajuan mereka ni. masya allah.

Tadi Talib Ketua Kelas PMC bagitau dah contact link dia artis2 dan stesen tv dan radio untuk bantu kempen ni, ya Allah. Pantas sungguh buat kerja. Respek.

Hasil brainstorming, Kita setuju gunakan kaedah yang sangat efektif dan praktikal. Kita hubungi kedai runcit di kampung2. Kemudian minta mereka sediakan pek bantuan berdasarkan list barangan yang bernilai RM 100.

Dalam Tenang kit tu ada beras, minyak , ayam , ikan, sardin, roti, biskut, minyak dan macam macam lagi. Kemudian kami call asnaf, minta mereka hadir dan ambil terus di kedai. Ni tiada admin caj, 100% sampai. Apa yang anda dermakan, itu yang mereka dapat. Fuuh.

Dan lebih dari tu, Tiada closed contact. Mematuhi arahan perintah jarakkan pergerakan. Alhamdulillah. Semalam kita lancarkan bantuan kecemasan tu, berjaya collect lebih dari RM 21,000 dan bantu lebih 210 buah keluarga asnaf. Subhnallah. Harapnya lebih banyak yang kita dapat bantu lagi mulai sekarang.

Bukan sahaja asnaf kita dapat bantu, tapi bantu juga peniaga2 kedai2 runcit Islam yang ada di kampung kampung ni. Dua keuntungan. Untuk penerima dan peniaga.

Tidak berhenti di situ, pagi ni kita tambah lagi proses bantuan kepada frontliner kita iaitu para petugas kesihatan , polis dan esok insya Allah tentera. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami bekerjasama dengan BMG, pembekal buah buahan segar Muslim yang terbesar di Malaysia.

Kesian kat mereka peniaga2 muslim ni. Bila arahan kawalan pergerakan ini dikuatkuasakan, buah buahan bernilai jutaan ringgit ini boleh membusuk begitu sahaja. Kita setuju untuk ambil dengan harga kos dan edarkan terus makanan sihat dan bernutrisi (buah) ini kepada frontliner kita. Buah buahan ni semua segar lagi. Dan dapat bantuan delivery dari lori2 mereka untuk ke semua hospital2 di Malaysia ni. Masya Allah.

Dan kita juga sedang berhubung dengan semua kedai2 makan di Malaysia yang ada buat delivery servis, untuk hantar makanan2 ke penerima2 dan juga untuk masa akan datang, mana tahu boleh ganti Food Panda dan Grab Food. 100% Muslim ownershipnya. Doakan ya.

Lepas tu, kami mula mendapat request untuk penuhi keperluan hand sanitizer dan facemask. Saya minta team saya bantu survey. Masya Allah, harga di market sangat mahal sekarang. Terkejut den. Tapi faham jugaklah, bila demand tinggi, supply kurang, memang harga akan naik.

Then, kami decide produce sendiri untuk dapat harga yang lebih murah. Dari situ, Allah hadirkan orang2 otai dalam OEM ini bantu kami, antaranya Mohd Suhaimi dan Khairi Ariff. Semua contact kabel tahap dewan depa ni. Terus direct dengan kilang2 dalam dan luar negara. Padu bak hang.

Insya Allah kita akan bagi percuma aje kepada yang memerlukan hasil dari derma anda semua. Depa ni dasat, cakap aje , terus siap design botol hand sanitizer dengan logo SM sendiri lagi. Masya Allah.

Kalau nak jual pun, kita target jual harga kos, sebab kita bukan nak target untung pun, kita hanya nak tolong orang dapat barang keperluan ni. Insya Allah, boleh bagi solution kepada harga hand sanitizer dan mask yang melambung tinggi sekarang ni. Kalau ada yang nak dapatkan untuk kegunaan sendiri, nanti kita fikirkan kaedahnya macamana untuk edaran ya. 75% alcohol, insya Allah boleh cegah kuman Covid-19 tu.

Tak habis di situ, sambung diskas pula dalam group lelaki 6 figure. Dalam tu kita diskas untuk teruskan bantuan belikan ISO POD tu untuk kegunaan hospital. Masya Allah mulia betul insan2 influencer ni.

Sejak saya masuk dalam group tu, hanya idea dan kebaikan sahaja yang dibincangkan. Rasa kerdil berkawan dengan otai2 ni dalam group tu. Tag sket orang2 hebat ni Khairul Hakimin Muhammad , Mohd Fadli Salleh , Taufiq Razif, Afnan Rosli , Kamarul Ariffin Nor Sadan, Khairul Ezuwan, Harith Faisal, Azizul Azli Ahmad. Depa ni memang superhero Avengers la. Kagum. Belum cerita nak gabung dengan Dana Kita bawah Cikgu Fadli lagi, insya Allah lebih berimpak tinggi ni.

Then, Allah lorongkan pula tengahari ni team Fames yang diketuai oleh Firdaus Azizi untuk buat bantuan PPE (baju protection petugas2 kesihatan ni) . Masya Allah, dalam team Fames tu semua orang2 hebat macam Hazwan Syahmi , @aizat , Insyirah , Amir . Dan otai Hafizi Zain pun turun padang bersama gerakkan kempen ni.

Jadi sekarang ni, mood memang tengah all out untuk bantu seluruh rakyat malaysia khususnya asnaf dan front liner yang terjejas dalam covid-19. Masya Allah. Doakan ya teman teman.

Target kami, dapat reach bantu 100,000 orang. Dan kita harap dapat beri bantuan minima bernilai RM 100 setiap seorang. Setakat ni momentum semakin laju. Ramai yang memerlukan bantuan makanan, hand sanitizer, face mask, PPE , ISO POD .

Dan sekarang ni juga tengah contact dengan pengarah2 hospital semua untuk centralized bantuan. Hat ni untung kat SM, orang kuat Kementerian Kesihatan ialah Timbalan Pengerusi SM sendiri, Dr Muhamad Azrin Omar. Insya Allah kita buat kerja lebih laju lepas ni.

Dan semua perancangan ini hanya dapat diteruskan dengan bantuan dan sokongan dari anda semua. Jujurnya, saya sangat terharu dengan sokongan tanpa henti dari semua orang. Walaupun saya faham sekarang ni semua orang ada masalah masing2, namun bab kuat sedekah ni, saya memang salute kepada anda semua. Terima kasih banyak banyak. Hati anda semua sangat mulia.

Harap sangat kita dapat sama2 bantu frontliner kita yang tungkus lumus bantu fight the virus for us. Siang malam kerja tanpa rehat. Dan juga buat asnaf yang sentiasa jadi asbab kita menerima rahmat kerana tanpa mereka, mana mungkin kita dapat menghulurkan sedekah dan menyebabkan rahmat turun kepada kita.

Ok guys, jom bantu sorang sikit jayakan kempen ni , boleh? Sangat mudah, just klik ke bantuankecemasan.com tu dan hulurkan sumbangan seberapa yang anda ada. Paling kurang pun, mohon SHARE status ini supaya orang tahu apa yang sedang kita perjuangkan sekarang ni.

Virus ini barangkali menyebabkan kita terpisah duduk di rumah masing-masing, namun sama sekali tidak boleh memisahkan hati hati kita. setuju?

 

USTAZ MOHD HAKIM MOHD NOR adalah merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )