Harga minyak sudah turun, bila harga barang nak turun?

Harga minyak sudah turun, bila harga barang nak turun?

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia ada sepatutnya menurunkan harga barang secepat mungkin setelah harga minyak turun mendadak hari ini.

Malah penurunan harga minyak yang begitu rendah bermula hari ini sepatutnya mempengaruhi harga barangan.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Pulau Pinang, Abdullah Mohamed Nor ketika ditemui.

Jelas beliau lagi, RON 95 yang turun sebanyak 0.38 sen dan RON 97 yang turun 0.36 sen serta Diesel yang turun sebanyak 0.12 sen bagi tempoh sehingga 27 Mac boleh membantu mempengaruhi penurunan harga barangan.

“Situasi yang amat mencabar pada saat ini sewajarnya digunakan untuk membantu rakyat jelata khususnya golongan marhaen dan bawahan yang berpendapatan rendah dan tidak tetap.

“Ada ramai yang masih bertahan dengan hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang khususnya para petani, pesawah, penoreh getah maupun penduduk kampung.

” Bantulah golongan yang tidak berkemampuan ini dengan membuktikan bahawa kerajaan mampu untuk menurunkan harga barangan setelah turunnya harga minyak,” katanya, lapor Malaysia Dateline.

Beliau yang juga merupakan bekas pengusaha stesen minyak berkata, kerajaan harus membuktikan bahawa mereka boleh dan mampu untuk membela nasib rakyat yang memerlukan dokongan dan sokongan, lebih-lebih lagi dalam suasana penularan wabak Covid 19 tatkala ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )