Selepas ADUN lompat, AMANAH lantik Penyelaras DUN Titi Serong

Selepas ADUN lompat, AMANAH lantik Penyelaras DUN Titi Serong

IPOH: Parti AMANAH Negara (AMANAH) Negeri Perak akan melantik Penyelaras DUN Titi Serong dalam masa terdekat.

Ini susulan tindakan ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain yang mengumumkan keluar parti menjadi wakil rakyat bebas bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional Perak baru-baru ini.

Menurut sumber Perak Insights, satu memo dalaman telah dikeluarkan oleh parti itu atas nama Setiausaha AMANAH Perak, Salman Saleh.

Beliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan melalui perbincangan di peringkat dalaman parti bagi memastikan perkhidmatan terhadap rakyat di DUN berkenaan diteruskan.

“Seorang Penyelaras DUN akan dilantik dalam masa terdekat untuk menjaga kawasan berkenaan,” katanya.

Salman juga menegaskan, AMANAH Perak telah membuat penegasan bahawa semua ahli dan pimpinan AMANAH di Kawasan Parlimen Parit Buntar dilarang untuk bekerjasama atau menerima sebarang jawatan lantikan politik yang ditawarkan oleh Adun tersebut dan Adun Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari yang turut keluar parti menyertai parti komponen Perikatan Nasional.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )