Majlis Perbandaran Taiping pantau rapi pasar awam

Majlis Perbandaran Taiping pantau rapi pasar awam

TAIPING: Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Rela menjalankan pemantauan orang awam yang membeli barangan keperluan harian di pasar-pasar awam.

Program yang berlangsung semalam itu bermula pada pukul 7 hingga 11 pagi ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasar awam yang terlibat ialah Pasar Taiping, Plaza Perbandaran Taiping, Pasar Kamunting, Pasar Simpang dan Pasar Aulong.

Di bawah pemantauan itu, orang awam diarah mengamalkan ‘social distancing’ iaitu beratur dan menjarakkan diri antara satu sama lain sejauh satu meter.

Mereka hanya dibenarkan masuk ke pasar untuk tempoh 15 minit untuk membeli barangan keperluan sahaja selain pembeli dan peniaga memakai topeng muka serta menggunakan ‘hand sanitizer’ atau sarung tangan.

Hanya seorang wakil bagi setiap keluarga dibenarkan masuk untuk pembelian keperluan.

“Mereka dilarang berkumpul dan beredar dari kawasan pasar dengan segera selepas selesai membuat pembelian,” kata kenyataan tersebut.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )