COVID-19: Sultan Nazrin perkenan peruntuk dana khas agihan zakat RM11.95 juta

COVID-19: Sultan Nazrin perkenan peruntuk dana khas agihan zakat RM11.95 juta

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan memperuntukkan Dana Khas Agihan Zakat  berjumlah RM11.95 juta dalam meringankan bebanan rakyat dan membantu usaha pelbagai pihak menghadapi wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari berkata dana khas itu telah disediakan oleh pihak MAIPk dengan kerjasama beberapa rakan strategik.

“Dana khas ini, yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, iaitu RM11.11 juta daripada peruntukan zakat, RM30,000 daripada Pengerusi Yayasan SP Setia dan RM800,000 sumbangan daripada bahagian zakat beberapa sektor korporat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata Sultan Nazrin menitahkan dan telah memberi perkenan agar sumber zakat negeri menyediakan dana khas itu bagi membantu rakyat yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini.

“Sultan Nazrin menyedari dan prihatin bahawa pandemik COVID-19 memberikan kesan langsung kepada kehidupan rakyat terutama dalam kalangan mereka yang tidak berpendapatan tetap dan mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah,” katanya.

Shahrul berkata dana khas itu meliputi pembiayaan Bantuan Kotak Makanan sebanyak RM240,000 yang akan disalurkan melalui Bilik Gerakan COVID-19 di bawah kendalian Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh negeri Perak.

Katanya, sebanyak RM5.8 juta pula diperuntukkan bagi Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup yang disasarkan kepada ketua isi rumah yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah yang terjejas sumber pendapatan atas sebab diberhentikan kerja, diberi cuti tanpa gaji, terhenti operasi atau sebab-sebab lain yang munasabah.

Menurut Shahrul lagi, sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi Bantuan Khas Modal dalam membantu peniaga, penjaja dan usahawan MAIPk yang perniagaannya terjejas susulan PKP.

“Bantuan Terputus Bekalan Makanan kepada para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di seluruh negeri Perak yang masih tinggal di tempat pengajian berjumlah RM100,000.

“Bantuan Pengurusan dan Kebajikan Pelajar Luar Negara berjumlah RM100,000 untuk para pelajar negeri Perak yang sedang berada di luar negara untuk tujuan pengurusan dan kebajikan,” katanya.

Selain itu, Shahrul berkata sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi Sumbangan Khas Petugas Barisan Hadapan COVID-19 yang disalurkan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan agensi-agensi lain untuk keperluan kebajikan petugas di barisan hadapan.

“Malah, sebanyak RM1 juta disediakan bagi Sumbangan Khas Peralatan Kesihatan dan Perubatan yang akan diberikan kepada hospital di Perak bagi menampung keperluan peralatan rawatan dan perubatan menangani COVID-19, berdasarkan cadangan atau permintaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata selain itu, sebanyak RM1.5 juta telah disediakan bagi Sumbangan Khas Peralatan Pencegahan COVID-19 untuk pembelian peralatan pencegahan penularan seperti penutup hidung dan mulut, sarung tangan dan cecair pembasmi kuman untuk disalurkan kepada masjid, surau dan masyarakat awam di Perak.

“Pelan Kontigensi sebanyak RM710,000 pula disediakan bagi keperluan yang mendesak bagi menampung apa-apa keperluan luar jangka pada masa akan datang,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan memperuntukkan Dana Khas Agihan Zakat  berjumlah RM11.95 juta dalam meringankan bebanan rakyat dan membantu usaha pelbagai pihak menghadapi wabak COVID-19. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari berkata dana khas itu telah disediakan oleh pihak MAIPk dengan kerjasama beberapa rakan strategik. “Dana khas ini, yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, iaitu RM11.11 juta daripada peruntukan zakat, RM30,000 daripada Pengerusi Yayasan SP Setia dan RM800,000 sumbangan daripada bahagian zakat beberapa sektor korporat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam. Beliau berkata Sultan Nazrin menitahkan dan telah memberi perkenan agar sumber zakat negeri menyediakan dana khas itu bagi membantu rakyat yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini. “Sultan Nazrin menyedari dan prihatin bahawa pandemik COVID-19 memberikan kesan langsung kepada kehidupan rakyat terutama dalam kalangan mereka yang tidak berpendapatan tetap dan mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah,” katanya. Shahrul berkata dana khas itu meliputi pembiayaan Bantuan Kotak Makanan sebanyak RM240,000 yang akan disalurkan melalui Bilik Gerakan COVID-19 di bawah kendalian Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh negeri Perak. Katanya, sebanyak RM5.8 juta pula diperuntukkan bagi Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup yang disasarkan kepada ketua isi rumah yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah yang terjejas sumber pendapatan atas sebab diberhentikan kerja, diberi cuti tanpa gaji, terhenti operasi atau sebab-sebab lain yang munasabah. “Malah, sebanyak RM1 juta disediakan bagi Sumbangan Khas Peralatan Kesihatan dan Perubatan yang akan diberikan kepada hospital di Perak bagi menampung keperluan peralatan rawatan dan perubatan menangani COVID-19, berdasarkan cadangan atau permintaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak,” katanya. Berita penuh :https://perakinsights.com/2020/03/26/covid-19-sultan-nazrin-perkenan-peruntuk-dana-khas-agihan-zakat… […]

  • Disqus ( )