“Walaupun berbeza agama, encik sangat baik kepada keluarga kami”

“Walaupun berbeza agama, encik sangat baik kepada keluarga kami”

Pemilik akaun Facebook Siti Shabariya Sahlan menyifatkan pemilik rumah sewa ibu mentuanya, Eng Chee Kiam seorang yang sangat baik.

Eng Chee Kiam dalam satu mesej di whatsApp kepada Shabariya memberitahu beliau tidak perlu membayar sewa rumah bulan April kerana menyedari semua pihak sedang menghadapi kesusahan akibat COVID-19.

Sewa rumah dikenakan bayaran RM600 sebulan, pemilik rumah berkenaan membenarkan Shabariya menggunakan wang itu untuk membantu keluarganya.

“Dik, untuk sewa bulan April depan, tak perlu bayar. Sebab semua tengah susah sebab tak dapat kerja akibat COVID, maka gunalah sewa tersebut untuk bantu keluarga. Juga kirim salam pada ayah kamu. Salam,” kata Eng Chee Kiam seperti dikongsikan Malaysia Dateline.

“Terima kasih bnyk2 encik.. walaupun kita berbeza agama tapi encik sngat baik terhadap keluarga kmi. terima kasih bnyk2 sekli lgi,” ujar Shabariya.

“Sama sama, kita bantu satu sama lain. Take care,” balas Eng Chee Kiam dalam kiriman WhatsApp.

Perbualan WhatsApp antara Shabariya dengan Eng Chee Kiam dikongsi di facebooknya mengundang lebih 450 komen dan rata-rata netizen berbangsa Melayu memuji sikap tuan rumah berkenaan dan masing-masing memberi ucapan terima kasih.

Malah netizen yang melontarkan komen menaruh harapan agar turut mendapat tuan rumah seperti Eng Chee Kiam yang pemurah.

Tangkapan skrin perbualan WhatsApp Shabariya dan Eng Chee Kiam mendapat lebih 4,000 perkongsian.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )