Kerajaan Perak ucap terima kasih kepada PM

Kerajaan Perak ucap terima kasih kepada PM

IPOH: Kerajaan Negeri Perak merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi menangani wabak Covid-19 hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dalam krisis wabak Covid-19, kerajaan Persekutuan membuktikan kewibawaannya sebagai kerajaan yang amat prihatin.

Menurutnya, pakej rangsangan yang diumumkan hari ini amat menyeluruh dan tiada pihak yang tercicir.

“Paling menarik perhatian ialah tanggungjawab bersama, hasil kepimpinan Perdana Menteri dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan sedia ada.

“Ini membolehkan pelbagai pihak menggembleng tenaga. Pihak bank, pihak swasta, semua pihak bergabung membolehkan pakej rangsangan amat baik dapat dihasilkan. Semua pihak patut bersyukur dengan pakej rangsangan yang amat baik.

“InsyaAllah kita bina semula negara menjadi amat kuat satu hari nanti. Terima kasih Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )